CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Welcome to KhAIriL FaHMi iDRis a.k.a jeFFwArRioR bLOg...peperiksaan final dah hampir....sesiapa yang melawat blog saya, tlg doakan kejayaan saya yer.....

Sunday, September 21, 2008








Salam Aidilfitri kepada Semua....

Sedar x sedar, sekejap sahaja bulan Ramadhan yang barakah ini akan meninggalkan kita. Terlalu singkat rasanya. Sedih pun ada juga. Entah ada peluang lagi atau tidak kita akan berjumpa bulan yang mulia ini pada tahun hadapan. Harap-harap anda semua puasa penuh lah ya.. xkanlah dah besar pun xboleh nak puasa penuh. Adik-adik kita yang kecil berlumba-lumba untuk puasa penuh(xtau r kalo sebab nak duit raya lebih), xkan kita xboleh pulak... Malu besar 2 geng...huhuhuhuu... Pe2 pun.... beringatlah ya kawan-kawan...Walaupun raya hanya setahun sekali, jangan pulak beraya sakan sampai berhabis semua sekali. Berjimat cermatlah ya. Banyak lagi keperluan lain yang perlu digunakan dengan sebaiknya. Ingat2 lah pada kawan2 kita yang x dapat beraya dengan sempurna kerana faktor kemiskinan, perajurit2 kita yang bertugas di perbatasan bagi memastikan kita semua dapat beraya dengan aman dan damai. Banyak2 bersyukur kerana kita masih lagi dapat berhari raya di negara kita yang aman dan harmoni ini. bersama-sama lah kita mengekalkan keamanan kita ini. Salam Hari Raya Aidilfitri buat anda semua.... Assalamualaikum....

Sunday, August 31, 2008








FADHILAT SOLAT TARAWIKH
  • Malam 1: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan daripada Allah.
  • Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang yang beriman).
  • Malam 3: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang- orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
  • Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat- malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
  • Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.
    Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
  • Malam 10: Allah S.W.T. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
  • Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
  • Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
  • Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  • Malam 16: Allah S.W.T. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  • Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.
  • Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19: Allah S.W.T. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
  • Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar)
  • Malam 23: Allah S.W.T. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.
  • Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25: Allah Ta’ala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  • Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.
  • Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.
  • Malam 29: Allah S.W.T. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.
  • Malam 30: Allah S.W.T. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.

Monday, August 25, 2008

FaKTa SemASa PeRiSYtiHAraN MerDEkA....










Bulan Sambutan Kemerdekaan....
Kini tibalah bulan kemerdekaan bagi negara kita yang tercinta. setiap daripada kita haruslah menyayangi negara kita sendiri. Kita semua harus bersyukur kerana kita masih dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Janganlah kita mencemarkan nama negara kita. Ingatlah perjuangan datuk dan nenek kita dahulu. mereka bergadai nyawa untuk memastikan kita semua dapat hidup selesa dan harmoni. MERDEKA! MERDEKA!!!MERDEKA!!!
Di sini terdapat satu fakta menarik yang ingin saya kongsikan bersama anda semua. Mungkin anda semua tidak perasan atau mungkin anda semua tidak ambil tahu tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini dengan anda semua sempena bulan kemerdekaan kita ini. cuba anda lihat gambar di atas, yang kiri sekali Tunku Abdul Rahman di dalam kereta sambil melaungkan kemerdekaan. gambar ini sewaktu pemulangan Tunku dari London dan laungan ini di Melaka. Gambar kanan pula sewaktu Tunku melaungkan Kemerdekaan Secara besar-besaran di Kuala Lumpur. Cuba anda semua perhatikan, gambar di Melaka Tunku melaungkan kemerdekaan, tangannya di genggam tetapi, di Kuala Lumpur, Tunku melaungkan kemerdekaan, tangannya di buka.... Apakah maksud perbuatan tersebut???? Mesti anda semua tidak tahu bukan??? Ini kerana di Meleka, kemerdekaan belum lagi sah menjadi milik negara kita. Walaupun mendapat persetujuan dari British, tapi kita masih lagi belum freedom sepenuhnya. British boleh mengambil semula kemerdekaan kita sesuka hati mereka. Itulah sebabnya Tunku menggenggam tangannya. Di Kuala Lumpur pula, Tunku tidak menggenggam tangannya bermaksud kita sudah comfirm merdeka kerana disaksikan oleh pegawai-pegawai british. Barulah Tunku yakin yang kita sudah bebas merdeka. Inilah fakta yang tidak ramai tahu dan tidak ambil peduli terutama golongan remaja. Jadi, hargailah kemerdekaan yang kita miliki.

MaLAySiAKu TeRCinTA




Malaysiaku Gemilang 51 Tahun!

31 Ogos merupakan satu tarikh keramat bagi rakyat Malaysia. Tarikh inilah merupakan hasil penat lelah tokoh-tokoh terdahulu berjuang menuntut kemerdekaan. Penderitaan masyarakat yang hidup dalam ketakutan akibat penjajahan. 51 tahun telah berlalu. Malaysia telah bergerak maju seiring dengan pembangunan dunia. Dapat dilihat kerjasama masyarakat majmuk dalam merealisasikan hasrat negara. Kemerdekaan adalah satu-satunya pencapaian terbesar bagi negara kita.
Malaysiaku Gemilang 51 Tahun!

Sunday, August 3, 2008

soalan csc 2......

1) Think about your chosen profesion,how might computer and software enhance your productivity.

2) Describe several ways in which you see software changing offecting your profession.

saya memilih kerjaya programmer sebagai pilihan. bagaimana software, maka wujudlah kerjaya ini kerana programmer memerlukan komputer dan software sepenuhnya dalam kerjaya. zaman dahulu, tiada it, komputer, dan sebagainya mengenai teknologi. maka, tiada kerjaya programmer yang wujud....
dengan menjadi programmer, saya boleh membuat pelbagai software baru dan berkualiti berbanding software yang ada pada masa sekarang. dengan software tersebut, saya akan memperbaiki segala kekurangan dan melebihkan daripada software yang ada sekarang. kemudian, saya akan mempromosikan software ini dengan cara, apabila mereka membuka sahaja komputer mereka, iklan mengenai software saya akan automatik keluar dan saya akan membuat promosi yang murah bagi menarik perhatian mereka. jika sekarang, sesebuah komputer atau laptop memerlukan satu grafik card untuk bermain games yang 3d tetapi dengan software saya ini, tanpa grafik card pun, mereka tetap akan dapat menggunakan games tersebut......

soalan csc 1......

Bila anda membuat satu transaksi,banyak syarikat menggunakan komputer dan sistem maklumat untuk mengumpul data tentang anda seperti nama anda,alamat,nombor telefon,hobi dan rekod pinjaman dan kewangan tanpa memberi anda peluang untuk mengenal pasti maklumat tersebut. Apakah potensi masalah yang anda lihat dalam kes diatas?terangkan jawapan anda...

soalan:
1)keluarkan permasalahan kes tersebut dan terangkan kesanya.
2)jalan penyelesaian kes tersebut.


Maklumat peribadi boleh digunakan untuk tujuan jenayah atau penyelewengan
Maklumat tersebut digunakan sama ada untuk urusan rasmi atau tidak.
Kesannya ialah ia boleh memalukan dan menjatuhkan air muka saya di seluruh dunia.

Bagi menyelesaikan masalah ini, kita perlu menjaga hak masing-masing. jangan sesekali percaya pada sesuatu peraduan yang tidak logik dengan meminta maklumat peribadi kita. kerajaan sendiri sekarang pun sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjejaki penjenayah internet. jika terdapat sesuatu keraguan pada sesuatu iklan di internet, semaklah dengan jabatan kerajaan malaysia. mungkin itu adalah salah satu langkah terbaik dan selamat serta mudah.....


Monday, July 21, 2008

IT'S ALL ABOUT ME....

NAMA PENUH : KHAIRIL FAHMI BIN IDRIS.......
NICK NAME : JEFF......
D.O.B : 08 JANUARI 1989.....
STATUS : BUJANG TRANG TANG TANG......
JOB : STUDENT.....
EDUCATION : SEK. KEB. KG TENGAH.....(95/01)
SEK. MEN. KEB. AGAMA SULTAM MUHAMMAD......(02/05)
SEK. MEN. TEKNIK JASIN......(05/06)
KOLEJ TECH. ISLAM ANTARABANGSA MELAKA.....(07/10)
CHINESE YEAR : SNAKE....
ZOODIAC : CAPRICORN
COZ : UNDANG-UNDANG & SYARIAH (DUUS)
HOBBIES : SLEEPING.....WATCHING ANIME.....PLAYING COMPUTER GAMES....
AMBITION : TO BE A PILOT BUT IT'S SO DIFFICULT....
NOW, I WANT TO BE A GOOD LAWYER....

I WANT TO BE AND DO THE BEST FOR MY LIFE. ALSO SUCCESS IN WORLD AND AKHIRAT.... INSYAALLAH.....

INSAN TERISTIMEWA IN MY LIFE


PROFILE PENUH AYAH.......
Idris bin Saad.
Pesara tentera tetapi kini menjadi jurulatih d Akademi Laut Malaysia
Berumur 56 tahun.
Seorang yang sangat tegas dan amat mementingkan pendidikan agama.
Mahir dalam bidang mekanik.

PROFILE PENUH EMAK.....
Ruslina binti Kassim
Domestic Engineer(Surirumah tangga)
Berumur 49 tahun.
Seorang yang garang masa kami kecil tetapi menjadi rakan kami apabila kami meningkat dewasa.
Bekas Ustazah Arab(2 pasal r kami adik beradik pandai arab...ceh bangga r pulak)


ADIK BERADIK SAYA....



kiri sekali : saya...khairil fahmi bin idris
sebelah saya : adik bongsu....nuraina bt idris
sebelah ain : kakak ke-2 merangkap anak ke-3...nuraslinda bt idris
kanan sekali : abang merangkap anak ke-2...khairil fadhli bin idris
tengah2 : kakak sulung....nor azahriah binti idris


gambar ini d ambil semasa majlis pertunangan kakak sulung saya. tapi sekarang dah kahwin dah. beliau sekarang seorang ustazah.seorang yang tegas dan bertanggungjawab. abang pula masih menuntut di UTM Skudai. seorang yang agak tegas jugaklah tapi sangat mengambil berat tentang keadaan keluarga. seorang programmer yang agak hebatlah. kakak ke-2 saya panggil kak uteh. masih menuntut d UPSI Perak. seorang yang sangat sporting dan kebudak-budakan. teman saya yang paling rapat n the best. adik bongsu, masih belajar di SMK(A)Syarifah Rodziah dalam tingkatan 5. paling pandai dalam adk beradik kami dan seorang ulat buku.





SAUDARA MARA SAYA....

inilah gambar penuh saudara-mara saya. mesti nampak macam sikit kan??? sebenarnya ramai lagi tapi kalo suma dah bergambar saper yang nak wat keje kan?? ini saudara mara sebelah emak saya. sebelah ayah dah x ada sangat sebab ramai yang dah meninggal. gambar nie d ambil semasa majlis perkahwinan akak sulung saya. yelah masa ni jelah ad masa nak berkumpul suma kan?? bila lagi nak dapat berkumpul bersama-sama macam ni.....

PROGRAM 1 RMH 1 PROFESSIONAL.........


ini gambar kumpulan saya masa program 1 rumah 1 professional. saya jadi fasilitator taw.. jangan terkejut... macam x caye lak... yelah perangai dajal n setan macam saya ni leh lak jadi fasilitator. tapi boleh r caye jugak sebab saya ni bekas ketua pengawas masa kat sek menengah dulu taw(ceh nak promote diri macam bgs lak....) program nie d anjurkan oleh senior kami bertujuan memperkenalkan lagi kos kami iaitu undang2 dan syariah yang semakin tidak mendapat perhatian oleh masyarakat umum kita sekarang.....

KELUARGA ANGKAT ORANG ASLI


inilah gambar kuarga angkat saya. kalo nak tahu, ni masa kat perkampungan orang asli. saya join program kolej ni masa saya sem 2. mula2 memang r rasa macam x best. maklum r.... kalo dengar kg org asli ni, mesti kita fikir satu masyarakat yang mundur, x bertamadun kan??? tapi bila sampai kat sini n bergaul dengan mereka selama 3 hari, persepsi saya terhadap masyarakat mereka berubah. kalo kamu suma nak tahu, kg orang asli ni sekarang dah maju macam perkampungan biasa malah lebih maju lagi. so, saya harap kamu semua ubahlah persepsi terhadap masyarakat orang asli k.....

PENGISIAN WAKTU MALAM......


inilah pengisian kami ahli serumah pada waktu malam. kami akan solat maghrib berjemaah bersama-sama dan selapas itu, sementara menunggu waktu isyak, kami akan mengisi masa kami dengan aktiviti kerohanian seperti tazkirah, membaca ma'surat, yasin atau al-quran. seperti yang anda lihat gambar di sebelah ini, kami sedang membaca al-quran bersama-sama(poyo r lak...sebenarnya tengah dok hafal surah. minggu depan dah kena tasmik....)